Kitab Tashil Nail al-Amani – Karangan Syekh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani

0

Nama Kitab : Tashil Nail al-Amani.
Pengarang  : Syekh Ahmad bin Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani.

Dapat didownload di :
http://bit.ly/Kitab-Tashil-Nail-al-Amani


Judul lengkapnya ialah Tashil Nail al-Amani Fi Syarh ‘Awamil al-Jurjani

(تسهيل نيل الأماني في شرح عوامل الجرجاني) atau dinamakan juga dengan Tasrih al-Ghawamil fi Syarh al-‘Awamil (تسريح الغوامل فى شرح العوامل).
Kitab ini telah ditulis dalam bahasa Arab dan penulisannya telah selesai pada hari Isnin 12 Rabiul Awal 1300 Hijriah bersamaan dengan 12 Januari 1883 Masihi di Mekah. Kitab ini membicarakan tentang ilmu nahu dan merupakan huraian kepada Matan al-Awamil
(متن العوامل) karya al-Imam Majdul Islam Abu Bakr ‘Abd al-Qahir bin Abdul Rahman bin Muhammad al-Jurjani al-Syafi’i (471H/474H). Sehingga ke hari ini, kitab ini telah diajarkan sama ada di dunia Melayu atau dalam negeri-negeri Arab. Ia telah diulang cetak sehingga beratus kali oleh pelbagai percetakan baik di Asia Tenggara ataupun di Timur Tengah.