Imam An-Nasa’i

0

Imam an-Nasa’i merupakan tokoh ulama ahli hadits yang terkenal pada zamannya. Selain Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami’ At-Tirmidzi, karya besar Imam Nasa’i, Sunan us-Sughra juga termasuk dalam kumpulan kitab hadits pokok yang dapat dipercayai dalam pandangan ahli hadits dan para pengkritik hadits.

Imam an-Nasa’i adalah seorang imam ahli hadits syaikhul islam, sebagaimana diungkapkan oleh az-Zahabi dalam Tazkirah-nya. Beliau ialah Abu ‘Abdurrahman Ahmad bin ‘Ali bin Syu’aib ‘Ali bin Sinan bin Bahr al-Khurasani al-Qadi, pengarang kitab Sunan dan kitab-kitab berharga lainnya. Juga beliau adalah seorang ulama hadith yang jadi ikutan dan ulama terkemuka melebihi para ulama yang hidup pada zamannya.

Dilahirkan di sebuah tempat bernama Nasa’ pada tahun 215 H

Pengembaraannya

Beliau lahir dan besar di Nasa’, sebuah kota di Khurasan yang banyak melahirkan ulama-ulama dan tokoh-tokoh besar. Di madrasah negeri kelahirannya itulah ia menghafal al-Qur’an dan dari guru-guru negerinya ia menerima pelajaran ilmu-ilmu agama yang pokok. Setelah meningkat remaja, ia suka mengembara untuk mendapatkan hadith. Belumpun berusia 15 tahun, beliau mengembara ke Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah Arab. Beliau belajar hadits dengan ulama-ulama negeri tersebut sehingga menjadi seorang yang sangat terkemuka dalam bidang hadith dan mempunyai sanad yang ‘Ali (sedikit sanadnya) dan dalam bidang kekuatan periwayatan hadits.

Nasa’i merasa amat sesuai tinggal di Mesir dan kemudiannya beliau menetap di negeri itu, di jalan Qanadil. Beliau tinggal di situ sehingga setahun sebelum kematiannya. Kemudian ia berpindah ke Damsyik. Di tempatnya yang baru ini ia mengalami suatu peristiwa tragis yang menyebabkan ia menjadi syahid. Al-kisah, sebahagian penduduk Damsyik meminta pendapat belaiu tentang keutamaan Mu’awiyyah r.a. Mereka seakan-akan meminta kepada Nasa’i agar menulis sebuah buku tentang keutamaan Mu’awiyyah, sebagaimana dia telah menulis mengenai keutamaan Ali r.a.

Oleh kerana itu beliau menjawab kepada penanya tersebut dengan : “Tidakkah Engkau merasa puas dengan adanya kesamaan darjat (antara Mu’awiyyah dengan Ali), sehingga Engkau merasa perlu untuk mengutamakannya?” Mendapat jawaban seperti ini mereka naik pitam, lalu memukulnya sehinggakan buah kemaluannya pun dipukul, memijak-mijaknya dan kemudian menyeretnya keluar dari masjid, sehingga ia nyaris maut.

Imam An-Nasa’i Wafat

Tidak ada kesepakatan tentang di mana ia meninggal dunia. Imam Daraqutni menjelaskan, bahawa di saat mendapat cubaan tragis di Damsyik itu ia meminta supaya dibawa ke Makkah. Permohonannya ini dikabulkan dan ia meninggal di Makkah, kemudian dikebumikan di suatu tempat antara Safa dan Marwah. Pendapat yang sama dikemukakan pula oleh Abdullah bin Mandah dari Hamzah al-‘Uqbi al-Misri dan ulama yang lain.

Imam az-Zahabi tidak sependapat dengan pendapat di atas. Menurutnya yang benar ialah bahawa Nasa’i meningal di Ramlah, suatu tempat di Palestina. Ibn Yunus dalam Tarikhnya setuju dengan pendapat ini, demikian juga Abu Ja’far at-Tahawi dan Abu Bakar bin Naqatah. Selain pendapat ini menyatakan bahawa ia meninggal di Ramlah, tetapi yang jelas ia dikebumikan di Baitul Maqdis. Ia wafat pada tahun 303 H.

Sifat-Sifat Imam An-Nasa’i

Ia berwajah tampan. Warna kulitnya kemerah-merahan dan ia senang mengenakan pakaian bergaris buatan Yaman. Beliau adalah seorang yang banyak melakukan ibadah, baik di waktu malam atau siang hari, dan selalu beribadah haji dan berjihad. Beliau sering ikut berperang bersama-sama dengan Gubernur Mesir. Mereka mengakui kesatriaan dan keberaniannya, serta sikap konsistensinya yang berpegang teguh pada sunnah dalam menangani masalah penebusan kaum Muslimin yang tertangkap lawan. Dengan demikian ia dikenal senantiasa “menjauhkan diri” dengan majelis Pemerintah, padahal ia tidak jarang ikut bertempur bersamanya. Maka, hendaklah para ulama sentiasa menyebar luaskan ilmu dan pengetahuan. Namun bila ada panggilan untuk berjihad, hendaklah mereka segera memenuhi panggilan itu. Selain itu, Nasa’i telah mengikuti jejak Nabi Dawud, sehari puasa dan sehari tidak.

Fiqh Imam An-Nasa’i

Ia bukan sahaja pakar dan hafal hadits, mengetahui para perawi dan kelemahan-kelemahan hadith yang diriwayatkan, tetapi ia juga ahli fiqh yang berwawasan tinggi. Imam Daraqutni pernah berkata mengenai Nasa’i bahawa ia adalah salah seorang Syekh di Mesir yang paling pakar dalam bidang fiqh pada masanya dan paling mengetahui tentang hadits dan perawi-perawi.

Ibnul Asirr al-Jazairi menerangkan dalam mukaddimah Jami’ul Usul-nya, bahawa Nasa’i bermazhab Syafi’i dan ia mempunyai kitab Manasik yang ditulis berdasarkan mazhab Syafi’i.

Karya-Karya Imam An-Nasa’i

Imam Nasa’i telah menulis beberapa kitab besar yang tidak sedikit jumlahnya. Di antaranya:

As-Sunan ul-Kuba.
Sunan an-Nas’i.
As-Sunan us-Sughra, tekenal dengan nama Al-Mujtaba.
Al-Khasa’is.
Fada’ilus-Sahabah.
Al-Manasik.

Di antara karya-karya tersebut, yang paling besar dan bemutu adalah Kitab As-Sunan.

Sekilas Tentang Sunan An-Nasa’i

Nasa’i menerima hadith dari sejumlah guru hadith terkemuka. Di antaranya ialah Qutaibah Imam Nasa’i Sa’id. Ia mengunjungi Kutaibah ketika berusia 15 tahun, dan selama 14 bulan belajar di bawah asuhannya. Guru lainnya adalah Ishaq bin Rahawaih, al-Haris bin Miskin, ‘Ali bin Khasyram dan Abu Dawud penulis as-Sunan, serta Tirmidzi, penulis al-Jami’.

Hadith-hadithnya diriwayatkan oleh para ulama yang tidak sedikit jumlahnya. Antara lain Abul Qasim at-Tabarani, penulis tiga buah Mu’jam, Abu Ja’far at-Tahawi, al-Hasan bin al-Khadir as-Suyuti, Muhammad bin Mu’awiyyah bin al-Ahmar al-Andalusi dan Abu Bakar bin Ahmad as-Sunni, perawi Sunan Nasa’i.

Ketika Imam Nasa’i selesai menyusun kitabnya, As-Sunan ul-Kubra, beliau menghadiahkannya kepada Amir ar-Ramlah. Amir itu bertanya: “Apakah isi kitab ini sahih seluruhnya?”. “Ada yang sahih, ada yang hasan dan ada pula yang hampir serupa dengan keduanya, “jawabnya. “Kalau demikian, “kata sang Amir, “Pisahkan hadith-hadith yang sahih saja”. Atas permintaan Amir ini maka Nasa’i berusaha memilih yang sahih-sahih sahaja, kemudian dihimpunnya dalam suatu kitab yang dinamakan As-Sunan us-Sughra. Dan kitab ini disusun menurut kaedah fiqh sebagaimana kitab-kitab Sunan yang lain.

Imam Nasa’i sangat teliti dalam menyusun kitab Sunan us-Sughra. Kerananya ulama berkata: “Kedudukan kitab Sunan Sughra ini di bawah sedikit derajat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim, kerana sedikit sekali hadits dha’if yang terdapat di dalamnya.”

Oleh karena itu, kita dapatkan bahawa hadits-hadits Sunan Sughra yang dikritik oleh Abul Faraj ibnul al-Jauzi dan dinilainya sebagai hadith maudhu’ kepada hadits-hadits tersebut tidak sepenuhnya dapat diterima. As-Suyuti telah menyanggahnya dan mengemukakan pandangan yang berbeda dengannya mengenai sebahagian besar hadits yang dikritik itu. Dalam Sunan Nasa’i terdapat hadits-hadits sahih, Hasan, dan Dha’if, dan hadits yang dha’if sedikit sekali jumlahnya. Adapun pendapat sebahagian ulama yang mengatakan bahawa isi kitab Sunan ini sahih semuanya, adalah suatu tanggapan yang terlalu longgar, tanpa didokong oleh penelitian mendalam. Atau mungkin maksud pernyataan itu adalah bahawa sebahagian besar isi Sunan adalah hadits shahih.

Sunan us-Sughra inilah yang dikategorikan sebagai salah satu kitab hadits pokok yang dapat dipercayai dalam pandangan ahli hadits dan para pengkritik hadits. Sedangkan Sunan ul-Kubra, kaedah yang digunakan oleh Nasa’i dalam penyusunannya adalah tidak meriwayatkan sesuatu hadits yang telah disepakati oleh ulama kritik hadits untuk ditinggalkan.

Apabila sesuatu hadits yang dinisbahkan kepada Nasa’i, misalnya dikatakan, “hadits riwayat Nasa’i”, maka yang dimaksudkan ialah “riwayat yang di dalam Sunan us-Sughra, bukan Sunan ul-Kubra“, kecuali yang dilakukan oleh sebahagian kecil para penulis. Hal itu sebagaimana telah diterangkan oleh penulis kitab ‘Aunul-Ma’bud Syarhu Sunan Abi Dawud pada bahagian akhir huraiannya: “Ketahuilah, perkataan al-Munziri dalam Mukhtasar-nya dan perkataan al-Mizzi dalam Al-Atraf-nya, hadiths ini diriwayatkan oleh Nasa’i”, maka yang dimaksudkan ialah riwayatnya dalam As-Sunan ul-Kubra, bukan Sunan us-Sughra yang kini beredar di hampir seluruh negeri, seperti India, Arabia, dan negeri-negeri lain. Sunan us-Sughra ini merupakan ringkasan dari Sunan ul-Kubra dan kitab ini hampir-hampir sulit ditemukan. Oleh kerana itu hadith-hadith yang dikatakan oleh al-Munziri dan al-Mizzi, “diriwayatkan oleh Nasa’i” adalah tedapat dalam Sunan ul-Kubra. Kita tidak perlu bingung dengan tiadanya kitab ini, sebab setiap hadits yang terdapat dalam Sunan us-Sughra, terdapat pula dalam Sunan ul-Kubra dan tidak sebaliknya.